Our Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tempoh Perkenalan Kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 26, 2009

...........hello...........

hmmm....

hari ni da abeS sume kuiz.....

tinggal focus kat study and bisnesje....

sesiapa yang berminat hendak menjadi business consultant...

bley la refer kat cahaya....

selain dapat menambah pendapatan....

kami juga boleh membantu anda untuk menjadi lebih berkeyakinan di hadapan public...

percayalah...

InsyaAllah tahap keyakinan anda akan bertambah....

boleh emel cahaya di

aishah_deq@yahoo.com.my

Monday, March 23, 2009

salam takziah

hari ni...

cahaya dapat 1 berita yang mengejutkan...

salah seorang kawan cahaya masa sekolah dulu...

Fazrul,

telah pun kemballi ke rahmatullah...

INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJI'UN...

semoga roh beliau dicucuri rahmat...

amin...

Wednesday, March 18, 2009

LEGA!!!!

Alhamdulillah...

sumer assignment da pun CaHAya hantar...

tapi,

ade 1 perkara yang CaHAya risaukan...

tadi kat kelas...

CaHAya da wat lecturer marah la...

Sorry madam.... CaHAya tak sengaja...

CaHAya ade suksis hari sabtu...

tak le ganggu dengan aktiviti lain walaupun kelas ganti...

kalo tak....

Dato' akan jumpa madam...

CaHAya takmo rosakkan hubungan kita...


...MAAF...

Tuesday, March 17, 2009

letihnye...

banyaknye assignment nak kena submit...

sir, madam...

tak payah la bagi assignment banyak2 lagi....

kesian cahaya kan???

(^_^)

sedey...sedey...sedey

hari ni dapat tahu satu berita...
semestinye,
berita sedey buat cahaya (happy je sebenarnya)...
tetapi gembira buat keluarga...
sepupu cahaya, Rina...23thn...
dah pun selamat melahirkan cahayamata sulongnye....
baby girl.... comel kan???
Ain pulak...21thn...
tengah pregnant...2-3month
Cahaya????
kenalah tunggu bulan jatuh ke riba...
ape pun...
Cahaya ucapkan tahniah kepada rina....
huhu...

Monday, March 16, 2009

Penat!!!

Semoga hari baru, minggu baru akan membawa ketenangan...
Ya Allah,
bantulah hambaMu ini...


AisHAh!!!
Hidup kena semangat...

(^_^)

Friday, March 6, 2009

Tuesday, March 3, 2009

youstilltheoneIlove



Lyrics

Bismillahirrahmaanirrahim...
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu....

Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMU, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti