Our Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tempoh Perkenalan Kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 19, 2011

My Life

It has been a long time I haven't write in this blog... There are many things I would like to share...
Since 11 June 2011, I have been engaged with the special person named NOR AFIF RAHIMI... This is our photo on that day....
Taraaa.....
Amacam... Sweet like Candy Kelapa, right?
Hehe... I love him soooooo much...

But, Right after we got engaged, out of sudden I got new hobbies... Cooking and Sewing.. I am not good to those skills, but I learnt and I tried very hard.... Hmmm... Maybe, the spirit of getting married kot... Hehe.. It is better to try something new and beneficial to us, right? May Allah protect us and our relationship both in this lifetime as well as hereafter... Amin... Insyaallah...

This is our song that we love very much... I really wanted to be the best even I may not a perfect person... Insyaallah..
Link

Friday, April 8, 2011

Again and Again

Sekali lagi aku buat keputusan untuk membatalkan temuduga. Kadang-kadang rasa rugi, tapi kadang-kadang rasa berpuas hati. Rugi sebab tak dapat mencabar diri dalam temuduga tersebut, manakala puas hati sebab tak perlu takut atau gemuruh. Apa-apa pun, semuanya da lepas atau 'ter'lepas pun. Usaha untuk peperiksaan akhir lebih baik. Kalau kerja dapat tapi result teruk pon tak berguna juga kan? InsyaAllah, ada bahagian aku nanti.

Selasa (5 April 2011) lepas, aku menemani seorang sahabat untuk temuduga di HQ Focus Point, Kelana Jaya. Keluar jam 11.00 a.m, naik LRT terus ke KJ. Dari terminal LRT KJ, kami naik bas T622 ke Dataran Prima dan sampai dalam jam 12.20 p.m. Di sana kami cuba mencari surau dan tandas. Malang sekali nasib kami apabila cuba bertanya kepada pengawal di situ (yang pastinya bukan Islam dan mungkin bukan Malaysian).
Us: Excuse me. Do you know where is the Surau?
Him: What?
Us: Surau. Prayer room for Muslim.
Him: What name of the church?
Us: No, not church. Surau or Masjid.
Him: Masjid? Oh. Come. Over there, at building D2.
Us: Thank you.
Sampai-sampai di bangunan tu, kami pun bergelak sakan. Orang tanya masjid, ditunjuknya Methodist Church. Itulah, di Malaysia sendiri pun susah mencari tempat solat. Kemudian kami ternampak 2 0rang pengawal berbangsa India.
Ida: Tu ade 2 orang guard. Jom la tanya.
Sha: Jom. Mungkin dia tahu kot.
Ida: Jangan dia tunjuk temple sudah pasni. haha
Us: Excuse me. Do you know where is the prayer room for Muslim?
Them: Are you newcomers?
Us: Yes. We come for interview.
Them: Which company? Where are you from?
Us: We are from Gombak. Do you know where is Masjid, or surau, or what we called it prayer room?
Them: Oh! You want to pray for interview?
Us: Err. Yes.
Them: There is a temple over there.
Us: No, not temple.
Them: Everywhere is same. We pray to same god.
Us: Hmm. Over there, right? ok, thank you.
Them: Good luck for your interview.
Aduh...Aku da pandang ida. Mane taknye, betul-betul India tu tunjuk temple kat kitorang. Nasib la.
Akhirnya kitorang wat keputusan untuk makan lunch dn terus pergi ke Focus Point.

Penemuduga Ida seorang lelaki berbangsa Cina yang sangat peramah. Aku pun menyibuk sama kat dalam bilik temuduga tu. Macam-macam kami bualkan. Segalanya berjalan lancar. Ida pun kata berpuas hati dengan hari ni, jika dibandingkan dengan temuduga sebelum ni. Alhamdulillah. Semoga sahabatku itu diterima sebagai pekerja baru di sana. Amin.

Friday, April 1, 2011

Interview a.k.a Temuduga

Lebih kurang jam 6.00 petang tadi, aku dan rakan sebilikku, Mai keluar mencari makanan di pasar malam Taman Melati. Sedang asyik memilih pelbagai hidangan buat santapan malam, aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbit dari satu nombor yang tidak kukenali. Jam menunjukkan tepat 6.28 petang, aku menerima panggilan telefon dari seorang wanita yang bernama Pn. Nora. Terkejut juga dengan panggilan tersebut, maklumlah ketika itu aku sedang sibuk melayan mata. Pn. Nora menjelaskan bahawa dia membuat panggilan dari satu syarikat telekomunikasi yang pernah aku hantar permohonan kerja melalui laman sesawang "jobstreet.com".
Pn Nora: Noraishah, would you like to come for the interview tomorrow?
Me: For what position? (bahasa orang tiada persiapan)
Pn Nora: Customer Service Executive.
Me: Would you mind to tell me the nature of the job?
Pn Nora: You have to answer the calls, complaints, suggestion from the clients. But, it is in shift basis. Would you mind to work on shift basis?
Me: Err. When is the last shift end?
Pn Nora: At 2.00 a.m and it is compulsory for once in a week. Is it okay?
Me: Actually I do not prefer to work till late night.
Pn Nora: Never mind. I understand. What if i offer you for the "Collection Officer"?
Me: What should i do then?
Pn Nora: You need to call the customer, produce bills and make sure they pay in time. The working hours from 9.00 am till 6.00 pm.
Me: Okay.
Pn Nora: But, still you have to come for interview.
Me: Okay. I will come. When is that?
Pn Nora: Would you be free on Sunday?
Me: Yes. Can we make it on 10.00 am?
Pn Nora: What if 11.00am?
Me: Deal. thank you for calling.
Pn Nora: Thank you. I will send you the location and details via sms and email.

Berpeluh-peluh aku. Maklumlah kena speaking. Haha.. Takpelah, sebelum ni ada juga panggilan temuduga, tapi tak dapat hadir atas sebab yang tak dapat dielakkan. Insyaallah, ini akan menjadi pengalaman temuduga pertama dalam hidupku.. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.

Sunday, October 31, 2010

Kusut


Kalut...
Terpalit suram lesu...
Terpancar di bibir satu...
Kalut dalam kusut...
Kusut menjamah karut...
Wajah ayu dimamah busut...
Busut dalam alam maya...
Maya tak nampak jelas pandangan...
Terus memaku minda waras...
Tak waras membuat insan tewas...
Tewas menjawab dalam aman...
Dendam diri memadam tenteram...

Cahaya Kehidupan
UIAM
311010 1223hrs

Wednesday, October 27, 2010

Entah

Entah mengapa terasa duka
Entah mengapa merasa lara
Entah bagaimana dapatku rawat
Entah bagaimana hendakku rawat

Entah siapa membawa duka
Entah bila kubuang lara
Entah dimana letaknya cinta
Entah dimana kewarasan jiwa

Entah tahu entahkan tidak
Entah jauh entahkan dekat
Entah mengapa jiwaku hampa
Entah darimana si airmata

Jiwa hampa kerana cinta
Jiwa kecewa kerana cinta
Jiwa menangis kerana cinta
Jiwa luka turutan cinta

Kerana sayang kuturut kasih
Kerana sayang ku terima janji
Janji yang akhir memakan diri
Janji yang akhir membawa sepi

Aishah Roslan
<3<3<3 UIAM
27/10/10
1910hrs

Shawlipop Contest....


Bila contest ni bermula?
Dari 9 Oktober 2010 (Sabtu) hingga 9 November 2010 (Selasa) .
>I join on 27th October 2010

Siapa yang boleh join contest ni?
Contest ni terbuka untuk semua, tidak semestinya pelanggan shawlipop sahaja. Kami tidak akan bias ok!

Apa yang anda perlu buat untuk menyertai contest ini?
First, like kami di facebook (sila refer sidebar). Jika anda tiada facebook, sila jadi follower blog ini.
>done

Second, pilih satu gambar (gambar anda menggayakan shawl) yang paling menarik dan sertakan dalam sebuah entri bertajuk shawlipop contest.




Ahaks.... Nadhia...aku sesaje je join nih..tetengah bosan + tensen nak final exam nih....
gambar budak perasan photogediks.....

Third, sila letakkan link shawlipop di entri blog anda.
Easy. Tak perlu nak karang entri cecah lantai semata-mata nak menang contest ni. Korang hanya perlu tunjuk gambar yang dirasakan paling cantik dan menarik dan you will stand a chance to win something from NewZealand and United Kingdom, beserta sehelai shawl. Yang penting, mesti ada blog.

> Kawan2....menarik kan tawarannye??? so jom la kita ramai2 join diz contest...
juz go to http://shawlipop.blogspot.com

Thursday, October 7, 2010

Mentari

Mentari...
Menyinar cahaya di setiap inci...
Jelas setia menggalas derita...
Biar tegar membakar diri...
Asal bahagia umat dunia...

Mentari...
Tak pernah kesal dalam pengorbanan...
Tak pernah gentar dalam perbuatan...
Tak pernah gundah dalam keikhlasan...
Tak pernah ingkar perintah Tuhan...

Meski awan kelabu melindung arah...
Dia tegar memberi cahaya...
Biar dunia terus mewah...
Mewah dengan sejuta ceria...

created by
Cahaya Kehidupan
UIAM
7/10/10 1835hrs