Our Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tempoh Perkenalan Kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 16, 2009

Bahagia VS Derita

Apa itu bahagia???
ia adalah satu perasaan yang hadir dalam diri seseorang sekiranya dia mendapat takdir yang indah dalam hidupnya atau melihat orang disayangi juga mendapat takdir yang indah...
Apa pula derita???
Ia adalah satu perasaan sedih yang hadir dalam diri seseorang itu apabila ia terasa dirinya teraniaya oleh orang lain ataupun merasa takdir dalam hidupnya tidak sepatutnya berlaku...
Namun, sebagai orang Islam... kita harus yakin dengan apa yang telah Allah takdirkan buat kita semua kerana disebalik setiap perkara yang berlaku pasti Dia telah sembunyikan dengan keindahan yang tak berpenghujung...
Oleh itu, kita haruslah sentiasa mengingatiNya... Berusaha agar mendapat takdir yang lebih baik, berdoa agar Dia tidak melupakan kita dan sentiasa bersyukur dengan anugerahNya... Ikhlas dan redhalah dengan apa yang berlaku.... InsyaAllah.... Dia sentiasa bersama kita...
...Amin...