Our Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tempoh Perkenalan Kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 18, 2009

{{PeNgERtiAn}}

Kelmarin....
Kita berbual gembira...
tentang erti kasih dan cinta....
semakin hari semakin utuh pautan kasih...
semakin kuat tuntuntan rindu....

kelmarin....
kita bergurau senda...
meskipun berjauhan kita rasa gembira bersama...
setiap saat terasa berharga...
tak dapat berjauh walau di maya...

kelmarin...
telah berlalu...
membawa duka seorang hawa...
hawa meminta adamnya untuk menemani setiap masa...
tak perlu berjumpa dialam nyata...
cukup sekadar di talian sahaja...

namun,
adam tidak mengerti...
dibiar sahaja hawa sendiri...
melewati derita tanpa adam disisi....
hawa merayu lagi....
adamnya tetap tak ambil peduli....

hari ini,
hawa cuba kuatkan diri....
yakin Tuhan sentiasa ada di hati....
walau adamnya tak mahu mengerti....
Kan digagahi hidup ini....

Buat adam yang amat hawa kasihi,
jika hawa tiada bererti terangkan sahaja biar dia pergi....
tak perlu diuji seberat ini...
supaya dinding hatinya tidak bertanda lagi....
mengertilah pengertian ini....