Our Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tempoh Perkenalan Kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

Kusut


Kalut...
Terpalit suram lesu...
Terpancar di bibir satu...
Kalut dalam kusut...
Kusut menjamah karut...
Wajah ayu dimamah busut...
Busut dalam alam maya...
Maya tak nampak jelas pandangan...
Terus memaku minda waras...
Tak waras membuat insan tewas...
Tewas menjawab dalam aman...
Dendam diri memadam tenteram...

Cahaya Kehidupan
UIAM
311010 1223hrs

Wednesday, October 27, 2010

Entah

Entah mengapa terasa duka
Entah mengapa merasa lara
Entah bagaimana dapatku rawat
Entah bagaimana hendakku rawat

Entah siapa membawa duka
Entah bila kubuang lara
Entah dimana letaknya cinta
Entah dimana kewarasan jiwa

Entah tahu entahkan tidak
Entah jauh entahkan dekat
Entah mengapa jiwaku hampa
Entah darimana si airmata

Jiwa hampa kerana cinta
Jiwa kecewa kerana cinta
Jiwa menangis kerana cinta
Jiwa luka turutan cinta

Kerana sayang kuturut kasih
Kerana sayang ku terima janji
Janji yang akhir memakan diri
Janji yang akhir membawa sepi

Aishah Roslan
<3<3<3 UIAM
27/10/10
1910hrs

Shawlipop Contest....


Bila contest ni bermula?
Dari 9 Oktober 2010 (Sabtu) hingga 9 November 2010 (Selasa) .
>I join on 27th October 2010

Siapa yang boleh join contest ni?
Contest ni terbuka untuk semua, tidak semestinya pelanggan shawlipop sahaja. Kami tidak akan bias ok!

Apa yang anda perlu buat untuk menyertai contest ini?
First, like kami di facebook (sila refer sidebar). Jika anda tiada facebook, sila jadi follower blog ini.
>done

Second, pilih satu gambar (gambar anda menggayakan shawl) yang paling menarik dan sertakan dalam sebuah entri bertajuk shawlipop contest.




Ahaks.... Nadhia...aku sesaje je join nih..tetengah bosan + tensen nak final exam nih....
gambar budak perasan photogediks.....

Third, sila letakkan link shawlipop di entri blog anda.
Easy. Tak perlu nak karang entri cecah lantai semata-mata nak menang contest ni. Korang hanya perlu tunjuk gambar yang dirasakan paling cantik dan menarik dan you will stand a chance to win something from NewZealand and United Kingdom, beserta sehelai shawl. Yang penting, mesti ada blog.

> Kawan2....menarik kan tawarannye??? so jom la kita ramai2 join diz contest...
juz go to http://shawlipop.blogspot.com

Thursday, October 7, 2010

Mentari

Mentari...
Menyinar cahaya di setiap inci...
Jelas setia menggalas derita...
Biar tegar membakar diri...
Asal bahagia umat dunia...

Mentari...
Tak pernah kesal dalam pengorbanan...
Tak pernah gentar dalam perbuatan...
Tak pernah gundah dalam keikhlasan...
Tak pernah ingkar perintah Tuhan...

Meski awan kelabu melindung arah...
Dia tegar memberi cahaya...
Biar dunia terus mewah...
Mewah dengan sejuta ceria...

created by
Cahaya Kehidupan
UIAM
7/10/10 1835hrs

Monday, January 18, 2010

CiNtA iTu aDA

Saat Aku Kehilangan Orang Yang Kucintai
Hidupku Hampa Tidak Bererti Lagi
Penuh Tangisan Dan Rintihan
Semua Berbeza Kini
Saat Ku Di Cintai Dengan Setulus Hati
Betapa Ku Menyedari
Bahawa Cinta Tak Mesti Memiliki
Bahawa Hakikatnya Cinta Begitu Tersembunyi
Untuk Merasakan Cinta Tak Harus Memiliki
Untuk Bahagia Tak Harus Dengan Pujaan Hati
Tapi Cukup Dengan Menghargai Dan Menyayangi
Bahawa Disampingku Ada Yang Menaruh Hati
Sayangi Dia Yang Kini Di Sisi
Hargai Kasihnya Dengan Setulus Hati
Sebelum Dia Akhirnya Pergi
Agar Hidup Kan Lebih Bererti
Percayalah Cinta Pasti Kan Bersemi

Wednesday, January 6, 2010

Bahagiakah Aku???

Bahagia?
Apa itu bahagia?
Dari mana datangnya bahagia?
Dimana dapatku temui bahagia?
Wujudkah bahagia?
Adakah aku layak merasai apa itu bahagia???
Bila?
Setelah jenuh ku berfikir....
Aku hanya mendapat lelah...
Kerana aku hanya boleh membahagiakan tetapi tidak dibahagiakan.....

Saturday, January 2, 2010

Derita Sebuah Ceritera Cinta

Hati...
Disaat kau terluka....
apa yang mampu kau kata melainkan,
"sabar wahai jiwa"
Hati,
Disaat kau disakiti,
tiada apa mampu merawat melainkan,
berserah diri kepada Pencipta...
Hati,
Cinta itu ada untukmu...
Asal kau ikhlas dalam memberi cinta...
Kepada Pencipta,
Kepada Keluarga,
Kepada Manusia,
Kepada Semesta,
paling utama Kepada Jiwamu sendiri....
Hati....
Tawakkal dalam setiap usahamu....
Redha segala takdirmu....
Pasrah akan suratanmu....
Penciptamu maha agung wahai hati....
Penciptamu maha pengasih lagi penyayang....
tak mungkin dibiar engkau melara....
tak mungkin diabai terus terluka...
dengan segala tipu daya dunia....
Berusahalah, Berdoalah dan Bertawakkallah....
InsyaAllah....
Kebahagiaan milikmu....
Amin Ya Rabbal'Alamin