Our Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tempoh Perkenalan Kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 18, 2010

CiNtA iTu aDA

Saat Aku Kehilangan Orang Yang Kucintai
Hidupku Hampa Tidak Bererti Lagi
Penuh Tangisan Dan Rintihan
Semua Berbeza Kini
Saat Ku Di Cintai Dengan Setulus Hati
Betapa Ku Menyedari
Bahawa Cinta Tak Mesti Memiliki
Bahawa Hakikatnya Cinta Begitu Tersembunyi
Untuk Merasakan Cinta Tak Harus Memiliki
Untuk Bahagia Tak Harus Dengan Pujaan Hati
Tapi Cukup Dengan Menghargai Dan Menyayangi
Bahawa Disampingku Ada Yang Menaruh Hati
Sayangi Dia Yang Kini Di Sisi
Hargai Kasihnya Dengan Setulus Hati
Sebelum Dia Akhirnya Pergi
Agar Hidup Kan Lebih Bererti
Percayalah Cinta Pasti Kan Bersemi

Wednesday, January 6, 2010

Bahagiakah Aku???

Bahagia?
Apa itu bahagia?
Dari mana datangnya bahagia?
Dimana dapatku temui bahagia?
Wujudkah bahagia?
Adakah aku layak merasai apa itu bahagia???
Bila?
Setelah jenuh ku berfikir....
Aku hanya mendapat lelah...
Kerana aku hanya boleh membahagiakan tetapi tidak dibahagiakan.....

Saturday, January 2, 2010

Derita Sebuah Ceritera Cinta

Hati...
Disaat kau terluka....
apa yang mampu kau kata melainkan,
"sabar wahai jiwa"
Hati,
Disaat kau disakiti,
tiada apa mampu merawat melainkan,
berserah diri kepada Pencipta...
Hati,
Cinta itu ada untukmu...
Asal kau ikhlas dalam memberi cinta...
Kepada Pencipta,
Kepada Keluarga,
Kepada Manusia,
Kepada Semesta,
paling utama Kepada Jiwamu sendiri....
Hati....
Tawakkal dalam setiap usahamu....
Redha segala takdirmu....
Pasrah akan suratanmu....
Penciptamu maha agung wahai hati....
Penciptamu maha pengasih lagi penyayang....
tak mungkin dibiar engkau melara....
tak mungkin diabai terus terluka...
dengan segala tipu daya dunia....
Berusahalah, Berdoalah dan Bertawakkallah....
InsyaAllah....
Kebahagiaan milikmu....
Amin Ya Rabbal'Alamin