Our Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tempoh Perkenalan Kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 16, 2009

Bahagia VS Derita

Apa itu bahagia???
ia adalah satu perasaan yang hadir dalam diri seseorang sekiranya dia mendapat takdir yang indah dalam hidupnya atau melihat orang disayangi juga mendapat takdir yang indah...
Apa pula derita???
Ia adalah satu perasaan sedih yang hadir dalam diri seseorang itu apabila ia terasa dirinya teraniaya oleh orang lain ataupun merasa takdir dalam hidupnya tidak sepatutnya berlaku...
Namun, sebagai orang Islam... kita harus yakin dengan apa yang telah Allah takdirkan buat kita semua kerana disebalik setiap perkara yang berlaku pasti Dia telah sembunyikan dengan keindahan yang tak berpenghujung...
Oleh itu, kita haruslah sentiasa mengingatiNya... Berusaha agar mendapat takdir yang lebih baik, berdoa agar Dia tidak melupakan kita dan sentiasa bersyukur dengan anugerahNya... Ikhlas dan redhalah dengan apa yang berlaku.... InsyaAllah.... Dia sentiasa bersama kita...
...Amin...

Wednesday, May 6, 2009

WaRkAH BuAt HaWA
HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau adalah ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..
Semoga warkah ini dapat menjadi pedoman hidup buat cahaya dan seluruh kaum hawa didunia ini dalam mencapai redha Ilahi... Ameen Ya RabbalAlamin...

Sunday, May 3, 2009

Aku & Perubahan

Sejauh mana ikhlasnya hati
Ketika lembut senyum diberi
Apakah ada tujuan sebalik senyuman ini
Sejujur manakah kata-kata
Bila kita bertentangan mata
Bolehkah aku percaya
Mungkin itu satu sandiwara
Kerana sering pengucapan
Zahir batin tak seiring
Ada rasa ada jiwa
Terluka hilang rasa percaya
c/o:
Pengalaman telah mendewasakan
mematangkan fikiran
pahit getir yang pernah dilalui
guruku sejati
bukan dirimu kucurigai
aku sekadar berhati-hati
tidak rela akan ada
bakal ada yang kecewa
(ulang c/o 2x)
Sarjan Major Noor Ahmad di Mes Greysands, PDRM
Kenangan Kursus Peningkatan Etika dan Pengurusan Integriti,
Kor Suksis UIAM (skuad 1 2007)

Tuesday, April 14, 2009

MERDEKA!!!

hari ni,

Cahaya seronok sangat....

da abes exam......

bye UIA....

jumpa lagi sem depan k....

Thursday, April 9, 2009

BERTEMAN SEPI



Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata

Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan

Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan

Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang

Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi

Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata

Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa

Tuesday, April 7, 2009

Saturday, April 4, 2009

Risau...Seram...Takut

Hari Isnin ni,

Cahaya da mula final exam....

Subjek: PUBLIC PERSONNEL ADMINISTRATION

Argh....

dengan format barunye....

Ya Allah,

tenangkan lah hati Cahaya....

Agar Cahaya dapat memahami dan menjawab dengan tenang dan sempurna....

Ameen....