Our Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tempoh Perkenalan Kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 28, 2009

CinTa DaTaNg LaGi

Dia....
Insan pertama yang bertakhta
Dia....
Insan pertama yang ku cinta
Dia....
Pernah membuatku bahagia
Dia yang mengajarku tentang erti rindu...
3 tahun perpisahan ku cipta kerana tiadanya restu...
semalam,
pertemuan, perbualan antara kmi terjadi lagi...
aku rindu....
rindu padanya....
kekasih sejatiku...
tapi,
aku telah memilih orang lain....
sebagai teman....
wajarkah tindakan ku???
buntu dan keliru....
dia tetap menyintaiku sama seperti aku...
teman baru juga menyintaiku tapi aku baru hendak belajar menyintainya...
argh................
mengapa aku diuji begini????

Wednesday, November 18, 2009

{{PeNgERtiAn}}

Kelmarin....
Kita berbual gembira...
tentang erti kasih dan cinta....
semakin hari semakin utuh pautan kasih...
semakin kuat tuntuntan rindu....

kelmarin....
kita bergurau senda...
meskipun berjauhan kita rasa gembira bersama...
setiap saat terasa berharga...
tak dapat berjauh walau di maya...

kelmarin...
telah berlalu...
membawa duka seorang hawa...
hawa meminta adamnya untuk menemani setiap masa...
tak perlu berjumpa dialam nyata...
cukup sekadar di talian sahaja...

namun,
adam tidak mengerti...
dibiar sahaja hawa sendiri...
melewati derita tanpa adam disisi....
hawa merayu lagi....
adamnya tetap tak ambil peduli....

hari ini,
hawa cuba kuatkan diri....
yakin Tuhan sentiasa ada di hati....
walau adamnya tak mahu mengerti....
Kan digagahi hidup ini....

Buat adam yang amat hawa kasihi,
jika hawa tiada bererti terangkan sahaja biar dia pergi....
tak perlu diuji seberat ini...
supaya dinding hatinya tidak bertanda lagi....
mengertilah pengertian ini....

Thursday, October 29, 2009

Cinta

Benarkah bila hati berbicara
Bibir tidak lagi perlu bersuara?
Jika begitu,
Apa guna ijab dan qabul?
Benarkah tidak perlu diungkap kata
bila tingkah menggambarkan maksudnya?
Bagaimana hendak menilai
Jika diri tak pernah bersua?
Aku menerima hati
Aku jaga
Aku memberi hati
Tapi, mengapa ia dibiarkan tidak terjaga?
Aku manusia biasa
Kau begitu juga
Mengapa sukar untuk kita memahami diri sendiri?
Aku tak perlu harta
Aku hanya perlu perhatian
Sukarkah untuk kau laksanakan?
Ungkapan kasih dan cinta
Bukan mainan
Jagalah hatiku
Hanya itu yang ku perlu
Bisikan hati Cahaya sepi

Thursday, October 22, 2009

Erti Kasih Seorang Sahabat


Khusus buat semua insan bergelar
"Teman, Kawan, Sahabat"
fahamilah isi hatiku
aku juga insan biasa seperti kalian...

Tuesday, September 8, 2009

GeLOra RaSA

Lara hati tiada yang mengerti
Gelisah jiwa membawa derita
Mengapa aku terus dipersenda oleh manusia tidak berjiwa???
Sedangkan aku hanya manusia biasa,
Lemah dan hina tiada kupinta....
Sedang mereka rakus ketawa...
Tuhan...
Berikan aku kekuatan...
Utuskan aku pangeran harapan...
Supaya aku kan terus berjalan...
Tanpa perlu menoleh ke belakang....
Amin...

tazkirah ramadhan

Orang yang tidak bahagia dirumahnya tidak akan bahagia di tempat lain.

Orang yang tidak dicintai keluarganya nescaya tidak akan dicintai sesiapapun.

Orang yang mensia-siakan hari ini akan mensia-siakan hari esok...